April 24, 2011

Masyarakat Dayak

         Hi! ehee. Kali nie nak view ttg asal usul dan tradisi bangsa ku sndri. ntah knape tibe2 jer timbul ilham tu kat palak hotak ku nih. So aku buat la sdkit pnyelidikan, *ahahahahaha,* Dia orang kate masyarakat iban nie dulu2, tggal dalam hutan, eh, yeke? Rasanye laa. :p Kaum iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri *haaaa. Ini la tmpat tggal aku skrg nie. :D* 
        Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agamakristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Selain tu, dia org juga kate kan, Sarawak ada 112 jenis suku Dayak. Waaaa. Aku hnya tahu skit jer. ==" Meh kita tgok info dibawah nie. :) Enjoy!

Penempatan

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai SaribasSungai SkrangSungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak.

Tradisi

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.
Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak,Gawai BurungGawai BatuGawai KenyalangGawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. 
Peralatan Muzik masyarkat Iban


Peralatan muzik tradsional masyarkt Iban adalah terdiri daripada Tawak ( gong ), Bendai, gendang. Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukan tarian ngajat. Disamping itu peralatan muzik itu juga turut digunakan semasa melakukan beberapa upacara adat resam antaranya ialah upacara perkahwinan, semasa pindah ke rumah panjang yang baru dan semasa upacara menamakan anak.
Kebudayaan masyarakat Iban : Tarian
Salah satu indentiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua adalah tarian ngajat. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.
Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat iaitu ialah Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.
Ngajat berbunuh yang di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.
Ngajat Induk pula merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban. Tarian yang di persembahkan adalah seperti membuat kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu. Selain itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan oleh penari wanita masyarakat Iban.
Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.
Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
Ngajat Kuta pula merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tarian ini berbeza daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua kumbu sebagai props dalam persembahan mereka.
Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala ( kerapu perak ) headgear yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu burung kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan mengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala. Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang masih terdapat bulu dari kulit itu tadi. Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan mereka seperti beruang. Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju burung yang bermotifkan hiasan atau ukiran burung, baju sampang , baju buri ( yang di hiasi kulit tiram yang besar). Sirat merupakan sejenis kala cawat yang berukuran lebih kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih, coklat dan di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut. 
"Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang."

Sistem Tulisan

Rumah panjang Iban moden di Bahagian Kapit
Kaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dikalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan serangan [Ngayau]dan membawa pulang kepala musuh yang dipenggal.


Contoh bahasa Iban

  • sana - din
  • sini - kitok
  • kalau - enti
  • boleh - ulih
  • saya - aku
  • kamu - nuan
  • nanti - lagik
  • kejar - ngagai
  • tak nak - enggai
  • tidur - tinduk
  • jalan - jalai
  • makan - makai


Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:




        Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Chief Paramount" dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.


      Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raba Bagi masyarakat Iban di Sarawak perkataan ‘Keling’ sudah tentunya mempunyai maksud yang tersendiri. ‘Keling’ ialah nama seorang pahlawan dan menurut legenda masyarakat Iban beliau tinggal di rumah panjang Panggau Libau Lendat Dibiau Takang Isang dan isteri beliau bernama ‘Kumang’ adalah dari rumah panjang Gelong Batu Nakong Nyingit Nyingong Nyimbang Nyerabang.Keling mempunyai personaliti idaman setiap lelaki dalam masyarakat Iban. Beliau adalah seorang yang gagah, berani, dan juga mempunyai wajah yang kacak, bijaksana, kuat, berani, gagah perkasa dan tidak gentang menghadapi musuh. ‘Agi Idup Agi Ngelaban’. Selain daripada itu beliau juga dipercayai mempunyai kuasa ghaib (tau ajih) seperti boleh menghilangkan diri daripada penglihatan musuh serta mampu bertukar wajah serta memegang watak berbeza.

.



            Sikap Keling yang utama ialah berani. Seseorang pahlawan Iban yang dikatakan mendapat `pertolongan’ daripada beliau sudah tentunya sukar untuk ditewaskan oleh musuh mereka. Menurut masyarakat Iban seseorang yang berjaya berjumpa dengan Keling atau Kumang dalam mimpi mereka sudah pasti akan menjadikan seseorang itu berani dan menjadi pahlawan (Raja Berani).

            Menurut kepercayaan masyarakat Iban beberapa pahlawan Iban seperti Dana Bensumbar Bayang , Orang Kaya Pemanca Nanang dan Unggang Lebor Menua menjadi pahlawan dan amat digeruni kerana dipercayai mendapat `bantuan’ daripada Keling dan Kumang. Cerita kepahlawan dan keberanian Keling juga berbagai dan sentiasa diceritakan (ensera) kepada anak-anak kecil orang Iban yang tinggal di rumah panjang. Misalnya orang-orang tua akan bercerita tentang kehebatan Keling dan bagaimana beliau menjadi seorang pahlawan yang sukar untuk ditewaskan oleh musuh.
              
          Sebagai contoh kisah bagaimana Keling dan seorang lagi sahabat karib beliau bernama Laja berjaya melepaskan isteri mereka, Kumang dan Lulong (isteri Laja ) daripada tawanan musuh mereka, Apai Sabit Bekait. Kedua-dua Kumang dan Lulong ditawan oleh Apai Sabit Bekait semasa mereka mencari ikan (mansai) di sebatang sungai. Setelah ditahan Apai Sabit Bekait menyimpan mereka di dalam sangkar besi.

           Bagi orang Iban, nama Keling ini sememangnya dihormati dan mempunyai kaitan yang rapat dengan adat resam dan tradisi mereka. Mungkin pada hari ini Keling dan Kumang boleh dikatakan sebagai role models dalam masyarakat Iban. Sebagai mengingati legenda Keling dan Kumang masyarakat Iban di Sarawak mengadakan pertandingan Keling Gawai bagi lelaki dan Kumang Gawai bagi wanita untuk memilih mereka yang menawan dan cantik.

           Upacara ini diadakan pada tiap-tiap tahun besemperna Gawai Dayak di Sarawak. Tambahan pula aktiviti Keling dan Kumang Gawai telah menjadi sebahagian daripada aktiviti pelancongan negeri Sarawak. Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia sudah tentunya sesuatu perkataan yang sama ejaan dan bunyi boleh jadi mempunyai erti yang berbeza. Namun demikian bagi masyarakat Iban di Sarawak, perkataan Keling adalah nama seseorang pahlawanan yang berani, mulia dan personaliti yang ingin dicontohi oleh setiap orang Iban di Sarawak. Mungkin penggunaan perkataan ‘Keling’ boleh dikhaskan untuk merujuk kepada legenda masyarakat Iban di Sarawak sahaja.


TATOO

       Bagi masyarakat Iban Sarawak, golongan dewasa kebanyakan memiliki tatu di kepala hingga ke hujung kaki, melambangkan status sosial dan keberanian mereka.
       Menurut pengukir tatu terkenal di Kuching, Ernesto Kalum, 36, masyarakat Iban mencacah leher dan badan mereka secara tradisional sebagai membuktikan semangat kepahlawanan mereka.

Katanya, amalan itu dilakukan apabila seseorang pahlawan atau ketua memenggal kepala musuh.


"Tatu adalah keistimewaan orang Iban. Lagi banyak kepala musuh dipenggal,banyaklah tatu di badan mereka. Setiap motif tatu yang dilukis mempunyai maksud berbeza selain menjelaskan cara hidup, pengalaman dan keberanian mereka.

"Tatu juga dikatakan mampu menghubungkan masyarakat Iban dengan dunia roh datuk moyang mereka, melindungi mereka daripada penyakit berbahaya dan kuasa jahat," katanya 

Selain pernah menjadi perunding tatu, Ernesto amat terkenal dalam mempamerkan cara membuat tatu Iban secara tradisional di Amerika Syarikat dan Eropah.

Ernesto yang mula berjinak-jinak dalam seni tatu pada 1993 dan memiliki kedai tatu sendiri, Borneo Head Hunters Tatoo Studio di Kuching sejak 1998, berkata peranan tatu dalam kehidupan wanita dan lelaki berbeza. Menurut lulusan undang-undang dari England ini, selain wanita mencacah badan sebagai perhiasan diri, tatu juga melambangkan kemampuan mereka menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri serta kebolehan menari.

























THE LAND OF HEAD HUNTERS

           Ngayau, merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini tradisi memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan oleh terutamanya pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak berpendapat atau berfahaman bahawa, "lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita" ini kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya.

           Sebenarnya kenyataan itu tidak 100% tepat, malah masih boleh dipersoalkan. Ia dikatakan sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat Iban di Rumah-Rumah panjang, selain orang Bujang ada juga individu yang telah berkeluarga menyertai ekspedisi memburu kepala.


          Oleh itu, paling tepat kalau kita katakan bahawa, aktiviti "Ngayau" dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat. Dalam erti kata lain, "ngayau" juga berperanan untuk menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam aktiviti "ngayau" yang disertainya akan digelar sebagai "Bujang Berani", serta dikaitkan dengan hal-hal sakti.

[dayak-vs-madura1.jpg]

 
 
p/s : Selamat menbaca =)


No comments: