February 18, 2012

2012 Year Of The Dragon

Hellooooo !! :) It's been a long time I didn't posting something here. Fheewww ~ :D
I'm hoping that this year bring luck to me :P *hope so* hehehee~

MY Wishes (".)
1) Hoping my STPM result will be OK
2) Continue my study
3) Have a better life
4) Less problem
5) Have a great life with the love one
6) No $$ problem *LOL*
7) Want my own car -.-'
8) Get a better job
9) iPad :P
10) I dont want this skinny body, i want CHUBBY ! :(

November 19, 2011

Bye bye 2011

Pejam celik, pejam celik, arghh. dah hujung tahun daa. Goodbye 2011 and Welcome 2012 :) 
Tak sanggup pulak nak lepaskan tahun nie, terlalu banyak kenangan manis, pahit, sedih, semuanya lah. Bla bla blaa* Cant mention it here, too privacy* Hmmm. Next week first paper akan bermula, 21 Nov 2011. World War III -.-' Paper Pengajian Am II. Fuhhhh. Keluarkan segala ilmu yang ada time exam nanti. Terima kasih cikgu Khalid atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada pelajar mu ini. Jasa mu tetap dikenang.

 


Haaaaa. yang ditengah tu laa cikgu Pengajian Am kita orang, namanya Cikgu Khalid. Sangat lucu tau cikgu nie. tak kering gusi dibuatnya. Tak caye ? Boleh tnya student Upper 6 2011 (tgok tu, sya dibelakang :P Hahaha ~ )


Haaa, yang ini pula Cikgu Pengajian Perniagaan kita org, dia ajar 10 student jer kat kelas 6AA. Nama dia Cikgu Lo Lee Fang. Cikgu nie tegas tapi kdg2 tu lucu. Hehe, dia baik tauu. ;)  Tak ramai yang nak amik subjek nie. Banyak lagi yang amik subjek Sejarah -.-' .. Dah nasib mcm tu, nak buat ape la kan ? Terima jer laaa. Kan cikgu kan ??











November 11, 2011

Christmas =)

Christmas mood is ON =) Jingle bell, jingle bell, jingle all the way ~  `) Yipeeeee ! Again, im wishing for this two camera for this Christmas gift. Santa, Santa, come to my house, pleaassseeeee ??? (‾(••)‾) (desperated sangat bunyinya, ahahahha)
I WANT THIS ! LUMIX GF3 ! :(



Beautiful right ?? I want "him" ! xD Take a look at this one, NIKON D90 ! This one also nice, this is what im wishing for last Christmas 2010 . Hehe. But i still dont get it untill now. LOLs.

Nice kan ? o.O


Waaaaaaaa ~ x'D
Fuuuhhhh !! x|

Perrggghhh ! >.<'






November 10, 2011

Last Day

09 November 2011, Last day of school :( Taking some pictures with classmates, teachers and others too. Waaaaaa. Sedihhhhh T.T After this I'm leaving, no more school, books, teachers,joking with mate and teacher and etc.

April 24, 2011

7 cara mengenali perwatakan wanita melalui cara berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan. 
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya. 
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas. 
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri. 
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Lagenda Bujang Senang

Seperti yang diceritakan kepada wartawan NST dan BH, James Ritchie dan Normah Mullie. Dan statistik serta rekod daripada Pejabat Daerah Sri Aman, Sarawak.  
Juga sedikit sebanyak dikaut sendiri oleh aku semasa menetap di Sri Aman sekitar 2003-2006. Terima kasih kepada Pak Baie di Kampung Hilir, Sri Aman atas urutan badan dan cerita yang best-best di malam hari.

         Lungu ialah seorang pahlawan Iban yang terkenal di sekitar Sungai Skrang, Sarawak. Kehebatan beliau sewaktu ekspedisi mengayau (potong kepala) musuhnya digeruni dan bukan sedikit yang terkorban ditangannya. Kehebatan beliau bukan sekadar di Sungai Skrang tetapi juga sampai ke Batang Lupar (batang=sungai besar dalam bahasa Iban) di Bahagian Sri Aman hari ini. 
    Musuh-musuh beliau percaya Lungu punya ilmu kebal yang tidak lut parang, lalu menculik isterinya agar rahsia kekebalan Lungu dapat diketahui. Dilema antara kebanggaan suku dan kasih sayang, Lungu datang ke Batang Lupar dengan harapan membebaskan isterinya dan membunuh penculiknya. Namun, isteri Lungu ditombak mati sebaik dibebaskan, manakala Lungu bertarung bermati-matian dengan musuhnya sehinggalah ke tepi sungai Batang Lupar. Musuhnya telah mengetahui kelemahan Lungu iaitu kekebalannya musnah tatkala beliau berada di perairan sungai itu. Lungu ditombak, dipanah dan disula terbalik oleh musuhnya di sungai itu. Mayatnya dan isterinya dibiarkan sehingga tenggelam dek air pasang. 
    Mujur para dewata yang memberi kesaktian pada Lungu sekali lagi menumpahkan magis ke atas mayatnya dan isterinya, lalu setibanya air pasang Lungu dan isterinya bertukar menjadi buaya besar yang memiliki belang putih dibelakangnya untuk menghantui keturunan pembunuhnya di sekitar Batang Lupar. Maka lahirlah Bujang Senang, seperti yang diketahui. Nama Bujang Senang sendiri dinamakan bersempena Sungai Senang, salah satu cawangan Batang Lupar dimana buaya itu sering kali dijumpai. 
Terus ke masa depan, tahun 1982… 
     Bangan anak Pali telah dilantik sebagai penghulu Rumah Pali oleh pihak residen Sri Aman. Dua hari sebelum majlis pelantikan rasmi di rumah panjang mereka, beliau dan abangnya, Kebir, berhasrat untuk mencari rezeki di sekitar Batang Lupar. Menyusuri sungai ke arah hilir, mereka masuk ke kawasan Sungai Sungga, salah sebuah cabang Batang Lupar yang besar itu dan mula mencari udang. Dengan menggunakan sadak (sejenis bekas diperbuat daripada rotan), mereka menyusuri sungai yang berparas pinggang dan mencedok udang. 
    Hari sudah meninggi, sudahpun tengah hari. Seekor burung embuas (burung raja udang : kingfisher), dalam bahasa Iban) tiba-tiba melintas. Kebir berasa tidak sedap hati, kerana lintasan embuas bermakna sesuatu yang buruk bakal berlaku. Kebir memanggil adiknya naik ke tebing, tetapi Penghulu Bangan tetap berkeras meneruskan pencarian udang. 
   Penghulu Bangan mula berpaling ke arah abangnya dan meredah air separas pinggangnya apabila beliau terpijak sesuatu di dasar sungai yang keruh itu. 
“Nama utai tok, baka batang… (apakah benda ini, macam batang rupanya) 
     Kebir baru saja mahu membalas kata-kata adiknya apabila satu deburan kuat berdentum. Penghulu Bangan hilang dari pandangan. Beberapa saat kemudian, seekor buaya besar gigantic timbul dengan mayat Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir terus terjun dan memeluk ekor besar buaya itu demi menyelamatkan adiknya, tetapi tidak berjaya. Kebir menyedari bahawa buaya itu berbelang putih dibelakang, terus pulang ke rumah panjang dengan perkhabaran buruk. 
    Operasi mencari berterusan selama 5 hari dengan pihak polis serta Perhilitan turut serta. Suasana sedih menyelubungi rumah panjang itu apabila mayat Penghulu Bangan dibawa pulang hanya bahagian atas sahaja. Tiada tanda-tanda buaya itu serta sisa-sisa mayat ditemui.     
Itulah kebangkitan Bujang Senang dan mula diketahui umum. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan ‘Operasi Buaya Ganas’ di semua sungai-sungai besar yang berpotensi tinggi, seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.
Batang Lupar, 1984 : Badong anak Apong, dari Rumah Nyawin tidak jauh dari Sungai Stirau, Batang Lupar sedang sibuk mencedok udang apabila seekor buaya besar membaham beliau dan diperhatikan beberapa penduduk kampung. Buaya itu dilihat melambung-lambung mayat Badong sebelum menghilangkan diri di dalam sungai. Saksi berkata lebar ekor buaya itu sebesar tong dram dan ada garis putih dibelakang. Usaha diteruskan dan mayat mangsa dijumpai 2 hari kemudian tidak jauh dari tempat kejadian. Operasi memburu dijalankan lagi tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat. 
Batang Lupar, 1987 : Seekor burung embuas melintas tatkala Berain anak Tungging sedang mencedok tanah liat di dasar sungai untuk menutup lubang-lubang di perahunya. Setelah siap, Berain mahu pulang ke tebing apabila seekor buaya besar menariknya ke dalam sungai dan kejadian ini disaksikan sendiri anak saudaranya. Dengan maklumat yang sama seperti sebelumnya, seluruh penduduk sekitar Batang Lupar ketakutan dengan nama Bujang Senang.  
         Tuai rumah (ketua rumah panjang) Rumah Tuah, Tuah anak Tunchun percaya buaya ini sememangnya Bujang Senang dan buaya yang sama membunuh adik beliau, Inchi anak Tunchun pada 1962. Beliau yakin bahawa sumpahan itu memang benar dan buaya itu ialah suatu entiti yang berhantu. Kata beliau, semua mangsa terlibat seperti adiknya, Penghulu Bangan, Badong dan Berain mempunyai pertalian langsung dan ini tidak dipertikaikan.  
        Menjelang 1989, banyak laporan di akhbar-akhbar tempatan memaparkan kisah kemunculan kerap buaya-buaya besar di sekitar Batang Samarahan dan Batang Sadong, seolah-olah menggambarkan sesuatu bakal berlaku. Terdapat pelbagai cerita, seperti kononnya Bujang Senang telah berada di sungai-sungai tersebut untuk melunaskan dendamnya bersama buaya-buaya lain. Benar atau tidak, I DONT KNOW laa. :) 
Sungai Pelaban, cabang kecil Batang Lupar, 1992 : Seperti kebiasaan, keluarga Bayang akan mudik ke hulu ke arah sawah padi mereka tidak jauh di Sungai Pelaban. Air ketika itu hendak pasang, dan Dayang membantu ibunya melintasi sungai separas pinggang ke seberang, sebelum dia naik ke tebing. Abang beliau Enie Bayang sudah mula bekerja di kebun sambil ayah mereka hendak ke rumah panjang mengambil kelengkapan.  
         Awan kelihatan berbalam-balam. Dayang baru saja hendak naik apabila satu deburan kuat menariknya ke dalam sungai. Dayang menjerit sekuat hati dan ibunya terkejut besar apabila anak gadisnya sedang diheret seekor buaya besar. Terpekik terlolong memanggil pertolongan, orang-orang yang ada terus menerpa ke arah ibu Dayang. Abangnya bergegas dan bersama-sama rakannya terus menjalankan operasi menjejak buaya itu.  
        Rumah Bayang bergegar dengan berita itu, lantas turun ke sungai memburu buaya. Dayang sudah hilang dibawa buaya ke dasar sungai. Bersama-sama mereka, Mandau mula membaca mentera. Setelah lebih dua jam, Enie, abang mangsa menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.            Buaya itu kembali dan mengganas. Dengan beberapa tembakan, buaya itu tetap melawan. Oleh kerana besarnya saiz buaya itu, pasti sukar ditewaskan. Tetapi Mandau tetap bermentera dan mula membaling tombak ke kepala buaya, tetapi patah. Awan semakin gelap, air mulai surut. Buaya besar itu mula melarikan diri ke arah Batang Lupar, tetapi dihalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut sungai itu. Buaya itu terus diserang, ditembak dan ditombak. Buaya itu mengganas dan meronta-ronta sehingga pergerakannya menjadi sedikit aneh. Buaya itu berpusing dan mengelilingi puing-puing kayu seolah tahu kematiannya, dan tidak lama kemudian, buaya besar itu menemui ajalnya.  
         Buaya yang besar ini diangkut ke rumah panjang selama 4 jam perjalanan, dan barulah disedari dibelakangnya ada garisan putih. Inilah dia Bujang Senang yang diperkatakan, dan ramai sekali polis, Perhilitan serta wartawan datang membuat liputan. Sayangnya bangkai buaya ini dibuang begitu sahaja ke laut tanpa sebarang usaha membawa balik oleh pihak muzium, cuma kepalanya sahaja telah dibawa pulang oleh Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak. 
        Ada yang mempertikaikan kesahihan buaya yang ditangkap, kerana ada yang berpendapat buaya itu bukanlah Bujang Senang, dan pelbagai cerita lagi. Ada sesetengah masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar mempercayai Bujang Senang masih hidup, lebih besar dan sentiasa berada di sungai itu. :O

Masyarakat Dayak

         Hi! ehee. Kali nie nak view ttg asal usul dan tradisi bangsa ku sndri. ntah knape tibe2 jer timbul ilham tu kat palak hotak ku nih. So aku buat la sdkit pnyelidikan, *ahahahahaha,* Dia orang kate masyarakat iban nie dulu2, tggal dalam hutan, eh, yeke? Rasanye laa. :p Kaum iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri *haaaa. Ini la tmpat tggal aku skrg nie. :D* 
        Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agamakristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Selain tu, dia org juga kate kan, Sarawak ada 112 jenis suku Dayak. Waaaa. Aku hnya tahu skit jer. ==" Meh kita tgok info dibawah nie. :) Enjoy!

Penempatan

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai SaribasSungai SkrangSungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak.

Tradisi

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.
Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak,Gawai BurungGawai BatuGawai KenyalangGawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. 
Peralatan Muzik masyarkat Iban


Peralatan muzik tradsional masyarkt Iban adalah terdiri daripada Tawak ( gong ), Bendai, gendang. Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukan tarian ngajat. Disamping itu peralatan muzik itu juga turut digunakan semasa melakukan beberapa upacara adat resam antaranya ialah upacara perkahwinan, semasa pindah ke rumah panjang yang baru dan semasa upacara menamakan anak.
Kebudayaan masyarakat Iban : Tarian
Salah satu indentiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua adalah tarian ngajat. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.
Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat iaitu ialah Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.
Ngajat berbunuh yang di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.
Ngajat Induk pula merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban. Tarian yang di persembahkan adalah seperti membuat kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu. Selain itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan oleh penari wanita masyarakat Iban.
Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.
Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
Ngajat Kuta pula merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tarian ini berbeza daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua kumbu sebagai props dalam persembahan mereka.
Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala ( kerapu perak ) headgear yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu burung kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan mengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala. Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang masih terdapat bulu dari kulit itu tadi. Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan mereka seperti beruang. Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju burung yang bermotifkan hiasan atau ukiran burung, baju sampang , baju buri ( yang di hiasi kulit tiram yang besar). Sirat merupakan sejenis kala cawat yang berukuran lebih kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih, coklat dan di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut. 
"Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang."

Sistem Tulisan

Rumah panjang Iban moden di Bahagian Kapit
Kaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dikalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan serangan [Ngayau]dan membawa pulang kepala musuh yang dipenggal.


Contoh bahasa Iban

  • sana - din
  • sini - kitok
  • kalau - enti
  • boleh - ulih
  • saya - aku
  • kamu - nuan
  • nanti - lagik
  • kejar - ngagai
  • tak nak - enggai
  • tidur - tinduk
  • jalan - jalai
  • makan - makai


Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:




        Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Chief Paramount" dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.


      Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raba Bagi masyarakat Iban di Sarawak perkataan ‘Keling’ sudah tentunya mempunyai maksud yang tersendiri. ‘Keling’ ialah nama seorang pahlawan dan menurut legenda masyarakat Iban beliau tinggal di rumah panjang Panggau Libau Lendat Dibiau Takang Isang dan isteri beliau bernama ‘Kumang’ adalah dari rumah panjang Gelong Batu Nakong Nyingit Nyingong Nyimbang Nyerabang.Keling mempunyai personaliti idaman setiap lelaki dalam masyarakat Iban. Beliau adalah seorang yang gagah, berani, dan juga mempunyai wajah yang kacak, bijaksana, kuat, berani, gagah perkasa dan tidak gentang menghadapi musuh. ‘Agi Idup Agi Ngelaban’. Selain daripada itu beliau juga dipercayai mempunyai kuasa ghaib (tau ajih) seperti boleh menghilangkan diri daripada penglihatan musuh serta mampu bertukar wajah serta memegang watak berbeza.

.



            Sikap Keling yang utama ialah berani. Seseorang pahlawan Iban yang dikatakan mendapat `pertolongan’ daripada beliau sudah tentunya sukar untuk ditewaskan oleh musuh mereka. Menurut masyarakat Iban seseorang yang berjaya berjumpa dengan Keling atau Kumang dalam mimpi mereka sudah pasti akan menjadikan seseorang itu berani dan menjadi pahlawan (Raja Berani).

            Menurut kepercayaan masyarakat Iban beberapa pahlawan Iban seperti Dana Bensumbar Bayang , Orang Kaya Pemanca Nanang dan Unggang Lebor Menua menjadi pahlawan dan amat digeruni kerana dipercayai mendapat `bantuan’ daripada Keling dan Kumang. Cerita kepahlawan dan keberanian Keling juga berbagai dan sentiasa diceritakan (ensera) kepada anak-anak kecil orang Iban yang tinggal di rumah panjang. Misalnya orang-orang tua akan bercerita tentang kehebatan Keling dan bagaimana beliau menjadi seorang pahlawan yang sukar untuk ditewaskan oleh musuh.
              
          Sebagai contoh kisah bagaimana Keling dan seorang lagi sahabat karib beliau bernama Laja berjaya melepaskan isteri mereka, Kumang dan Lulong (isteri Laja ) daripada tawanan musuh mereka, Apai Sabit Bekait. Kedua-dua Kumang dan Lulong ditawan oleh Apai Sabit Bekait semasa mereka mencari ikan (mansai) di sebatang sungai. Setelah ditahan Apai Sabit Bekait menyimpan mereka di dalam sangkar besi.

           Bagi orang Iban, nama Keling ini sememangnya dihormati dan mempunyai kaitan yang rapat dengan adat resam dan tradisi mereka. Mungkin pada hari ini Keling dan Kumang boleh dikatakan sebagai role models dalam masyarakat Iban. Sebagai mengingati legenda Keling dan Kumang masyarakat Iban di Sarawak mengadakan pertandingan Keling Gawai bagi lelaki dan Kumang Gawai bagi wanita untuk memilih mereka yang menawan dan cantik.

           Upacara ini diadakan pada tiap-tiap tahun besemperna Gawai Dayak di Sarawak. Tambahan pula aktiviti Keling dan Kumang Gawai telah menjadi sebahagian daripada aktiviti pelancongan negeri Sarawak. Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia sudah tentunya sesuatu perkataan yang sama ejaan dan bunyi boleh jadi mempunyai erti yang berbeza. Namun demikian bagi masyarakat Iban di Sarawak, perkataan Keling adalah nama seseorang pahlawanan yang berani, mulia dan personaliti yang ingin dicontohi oleh setiap orang Iban di Sarawak. Mungkin penggunaan perkataan ‘Keling’ boleh dikhaskan untuk merujuk kepada legenda masyarakat Iban di Sarawak sahaja.


TATOO

       Bagi masyarakat Iban Sarawak, golongan dewasa kebanyakan memiliki tatu di kepala hingga ke hujung kaki, melambangkan status sosial dan keberanian mereka.
       Menurut pengukir tatu terkenal di Kuching, Ernesto Kalum, 36, masyarakat Iban mencacah leher dan badan mereka secara tradisional sebagai membuktikan semangat kepahlawanan mereka.

Katanya, amalan itu dilakukan apabila seseorang pahlawan atau ketua memenggal kepala musuh.


"Tatu adalah keistimewaan orang Iban. Lagi banyak kepala musuh dipenggal,banyaklah tatu di badan mereka. Setiap motif tatu yang dilukis mempunyai maksud berbeza selain menjelaskan cara hidup, pengalaman dan keberanian mereka.

"Tatu juga dikatakan mampu menghubungkan masyarakat Iban dengan dunia roh datuk moyang mereka, melindungi mereka daripada penyakit berbahaya dan kuasa jahat," katanya 

Selain pernah menjadi perunding tatu, Ernesto amat terkenal dalam mempamerkan cara membuat tatu Iban secara tradisional di Amerika Syarikat dan Eropah.

Ernesto yang mula berjinak-jinak dalam seni tatu pada 1993 dan memiliki kedai tatu sendiri, Borneo Head Hunters Tatoo Studio di Kuching sejak 1998, berkata peranan tatu dalam kehidupan wanita dan lelaki berbeza. Menurut lulusan undang-undang dari England ini, selain wanita mencacah badan sebagai perhiasan diri, tatu juga melambangkan kemampuan mereka menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri serta kebolehan menari.

























THE LAND OF HEAD HUNTERS

           Ngayau, merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini tradisi memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan oleh terutamanya pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak berpendapat atau berfahaman bahawa, "lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita" ini kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya.

           Sebenarnya kenyataan itu tidak 100% tepat, malah masih boleh dipersoalkan. Ia dikatakan sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat Iban di Rumah-Rumah panjang, selain orang Bujang ada juga individu yang telah berkeluarga menyertai ekspedisi memburu kepala.


          Oleh itu, paling tepat kalau kita katakan bahawa, aktiviti "Ngayau" dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat. Dalam erti kata lain, "ngayau" juga berperanan untuk menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam aktiviti "ngayau" yang disertainya akan digelar sebagai "Bujang Berani", serta dikaitkan dengan hal-hal sakti.

[dayak-vs-madura1.jpg]

 
 
p/s : Selamat menbaca =)